Sunday 26 May 2013

Sungguh Aku merindui ketenangannya~~

Salam, hi peeps..=)

tiba2 hari ni terbelek (membelek?) gambar2 dan vids ambil kt Maldives hari tu.... indeed, i really miss those small streets, friendly people out there, sure..the foods n islands... so, cuma nak berkongsi lg gambar2 dan videos kat Maldives..so, enjoy~~~










Ujian itu Datang bersama Hikmah Tak Terbanding

Salam semua...=)

Hari ni masih meneruskan kuliah dan kelas seperti biasa..Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesabaran.. 

dua minggu kebelakangan ni adalah hari2 yang suram bg sy...ujian dtg bertimpa2, hampir terjatuh rasanya... juga rasa mungkin takkan mampu utk bangkit lg...tp Alhamdulillah, Allah tidak pernah membuat sy rasa semuanya sia2....malah, ketika ini sy mengenali sahabat2 sy (lebih kenal lg)...malah semakin mengenal diri sy sendiri.... ya, Allah memilih diriku lg kali ini untuk diuji...Terima Kasih atas teguranMu Ya Allah...



benarlah, kadang kita tidak mampu menjangka takdir...bahkan selama 8 tahun ini, tidak pernah terfikir ini akan terjadi....seluruh kepercayaan terasa dikhianati, semangat turut hilang bersamanya... Mungkinkah Allah menyimpan suatu rahsia yg amat indah buatku? pasti ada sesuatu disebalik semua ini.... 

Mungkin terlupa, bahawa segalanya tidak pernah terlepas dari aturanNya...maka, siapakah kita utk mengatakan kita berhak mendapatkan apa yg sebenarnya Allah tidak mengizinkan ia berlaku... semua ini membuatkan sy berfikir sedalam2nya..ini mungkin apa yg tersimpan selama 8 tahun ini..dan ini juga adalah sebahagian dr jawapan kepada doa2 sy selama ini....


Allah memberi jawapan melalui caraNya yg tersendiri, utk membuat aku lebih berfikir dan muhasabah diri...  memberi ruang utk aku Kembali dan Perbaiki Diri Dahulu... memang sgt berat rasanya, tapi hal ini bahkan memberi seribu hikmah...ya, Aku Bersyukur kerana Terpilih lagi kali ini...

Friday 3 May 2013

diuji lagi

Salam, hi..
malam ni dpt khabar yg sgt memedihkan hati...tak mampu nak ceritakan... sedih,kecewa,marah,gelisah, semua ada...terasa menggigil tangan, tak boleh nak fikir lagi....=(

Allah,Allah,Allah, hanya itu yg mampu disebut...Ya Allah, ujian ini terlalu berat rasanya... tak sabar ingin tahu hikmah disebalik semua ini,agar aku dpt menerima semuanya dengan lebih kuat dan tabah... mungkinkah ini satu teguran daripadaMU? mungkin selama ini aku terleka bahawa setiap sesuatu itu tidak terlepas dari aturanMu...ya, aku lalai...

Aku tidak mampu berharap lebih banyak, cuma doaku moga hikmahMu lebih besar dari ini...sedaya apa pun, aku berusaha untuk bersabar dan redha dengan ketentuanMu.. berikan aku penawar hati yg gelisah.. beri aku ketabahan dan semangat baru....Allahumma Amiinn...T_T

Monday 15 April 2013

JetLag

salam, hiii

lama tak post kat sini...=) penat dan busy sangat lately ni..byk esaimen kna hantar....
em, mgu lepas blik brunei, ayah xsihat....so, tergesa2 beli tiket flight....missed few classes, tp terpaksa gak...
hari ahad mlm sampi aritu, memang penat sgt2..jetlag asenye...
pagi2 ase berat je mata ni...>_<

rasa berat hati nak tgalkan rumah, tp apa boleh buat kan..masih ada yg perlu diselesaikan disini... so, terpaksalah melangkah kaki walaupun terasa berat je..(ceh!).... harap2 ayah akan sembuh dgn cepat, tak lah risau je bila fikirkan...

Monday 25 March 2013

Dia, Angin, dan Kertas


Dia itu angin
Kadang datangnya kuat terasa
Kadang hanya hadir membelai wajah

Dia itu kertas
Didadanya penuh dengan coretanku
Kadang juga kosong sekadar berterbangan

Kadang hatiku selalu terbawa arus
Angin yang datangnya dilewat petang
Membuai aku dalam kedinginan senja
Kertas yang datangnya saat aku kosong kalam bicara
Mengajak aku untuk bertikam bicara

Apakah aku juga seperti angin dan kertas?
Yang hadir padanya hanya apabila aku panas dan kosong
Yang  jelas menjengah saat aku hanya perlu pada angin dan kertas

Ya, dia angin..juga kertas…

Saturday 23 March 2013

Jum BerSnogurt~~

Salam, 
tadi petang kuar jap ngn kwn2 rumah...boring gak duk kt umah je kan....
So, pas beli2 barang skit, kwan sy Ezzah ajak lepak jap...
BerSnogurt katanya..hehe so, sementara tgu akak lg sorang tu....kitorang pun lepak2 la jap....
takut gak nk amek byk...(nt mahal lak,hehe)



sempat la snap2 gmbr..(cewah..)
hehe..saje je sbnrnye....ha, ni pulak gmbr kwn sy..hehe




Masam betol,huhu..tapi sedap gak..mcm Tutti Fruitti...=) Korg dah rasa ke? td dpt 30% discount taw....

Friday 22 March 2013

semua mahu ^_^

Jika ditanya siapa ingin menjadi Solehah?
sy yakin semua mahu...dari yang nampak baik secara fizikalnya, hingga yang "kurang Baik" secara fizikalnya...semua pasti mahu

tapi bila dibincangkan satu persatu definisi solehah itu, rasanya mungkin tak sampai separuh yang menepati ciri-cirinya...tak kisahla, kita bukan ingin menentukan siapa solehah dan siapa tidak....cuma ingin menjentik naluri hati masing-masing bahawa fitrah manusia itu ingin kepada kebaikan..
tapi kenapa tak boleh jadi solehah? cuba tanya pada diri sendiri..apa yang kita lakukan untuk merealisasikan definisi solehah didalam diri masing-masing..jujur, terlalu jauh kan....sy juga begitu....

Susahnya ingin istikhomah dengan kebaikan yang kita lakukan...tapi, jangan sesekali berhenti..cuba sedikit demi sedikit..insyaAllah, mesti boleh...

Ada orang yang kata, "tak sampai seru lg" , "tak dapat hidayah lg"...yang paling selalu didengar.."tak mahulah jadi hipokrit, nanti kalau rasa nak berubah, dah kahwin, sy berubahla"...

tapi manakan dapat sagu, andai tidak dipecahkan ruyngnya.., macam mana nak berubah kalau langkah pertama tak mahu dimulakan?? everything need a first step...yes!! your First Step!!