Friday 22 March 2013

semua mahu ^_^

Jika ditanya siapa ingin menjadi Solehah?
sy yakin semua mahu...dari yang nampak baik secara fizikalnya, hingga yang "kurang Baik" secara fizikalnya...semua pasti mahu

tapi bila dibincangkan satu persatu definisi solehah itu, rasanya mungkin tak sampai separuh yang menepati ciri-cirinya...tak kisahla, kita bukan ingin menentukan siapa solehah dan siapa tidak....cuma ingin menjentik naluri hati masing-masing bahawa fitrah manusia itu ingin kepada kebaikan..
tapi kenapa tak boleh jadi solehah? cuba tanya pada diri sendiri..apa yang kita lakukan untuk merealisasikan definisi solehah didalam diri masing-masing..jujur, terlalu jauh kan....sy juga begitu....

Susahnya ingin istikhomah dengan kebaikan yang kita lakukan...tapi, jangan sesekali berhenti..cuba sedikit demi sedikit..insyaAllah, mesti boleh...

Ada orang yang kata, "tak sampai seru lg" , "tak dapat hidayah lg"...yang paling selalu didengar.."tak mahulah jadi hipokrit, nanti kalau rasa nak berubah, dah kahwin, sy berubahla"...

tapi manakan dapat sagu, andai tidak dipecahkan ruyngnya.., macam mana nak berubah kalau langkah pertama tak mahu dimulakan?? everything need a first step...yes!! your First Step!!




No comments:

Post a Comment